MAHATHIR… DARI SEORANG NEGARAWAN BERTUKAR MENJADI ‘SASAUAN’

MAHATHIR… DARI SEORANG NEGARAWAN BERTUKAR MENJADI ‘SASAUAN’ - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MAHATHIR… DARI SEORANG NEGARAWAN BERTUKAR MENJADI ‘SASAUAN’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MAHATHIR… DARI SEORANG NEGARAWAN BERTUKAR MENJADI ‘SASAUAN’
link : MAHATHIR… DARI SEORANG NEGARAWAN BERTUKAR MENJADI ‘SASAUAN’

Baca juga


MAHATHIR… DARI SEORANG NEGARAWAN BERTUKAR MENJADI ‘SASAUAN’

Selama 22 tahun dan beberapa tahun selepas itu, Dr. Mahathir dianggap sebagai tokoh negarawan terulung Malaysia. Apabila timbul kata-kata bahawa Mahathir akan bersekongkol dengan Lim Kit Siang demi kroni, anak-anak dan proksinya, hampir semua orang tidak dapat menerima berita tersebut. Bukan sahaja dari kalangan UMNO dan Barisan Nasional, bahkan dari DAP sendiri pun, tidak percaya sama sekali Mahathir akan berbaik-baik dengan ‘musuh utamanya’ itu.

Dasar dan polisi Najib yang mengenepikan kepentingan kroni dan proksi Mahathir, akhirnya membuatkan Mahathir tidak lagi dapat menyamar dan berlakon. Dia melahirkan kemarahan yang bukan sedikit. Bekerjasama dengan media-media barat yang suatu ketika dahulu, dia kelihatan cukup anti dan menghalang rakyat Malaysia daripada membacanya dengan alasan media-media barat dengki dan kuat fitnah. Tidak cukup dengan itu, sabotaj ekonomi juga cuba dilakukan agar persepsi rakyat dapat diwujudkan kononnya Najib gagal mengawal ekonomi dan kewangan negara.

Mahathir dan kumpulannya bagaimanapun, agak bernasib baik memandangkan hampir semua sektor dikuasai oleh kartel. Dan kartel-kartel itu pula sangat sedar, mereka mampu mengaut keuntungan berlipat kali ganda dengan menyalahkan kerajaan. Kenaikan harga dan kekurangan barangan di pasaran, akan membuatkan masyarakat pengguna marahkan kerajaan. Kartel-kartel itu pula bukan sahaja tidak akan dipersalahkan, bahkan mereka boleh bertindak sebagai pencatur kuasa di negara ini menerusi pembiayaan ke atas parti-parti politik khususnya parti-parti pembangkang.

Ini adalah kerana semakin kukuh kedudukan kewangan parti-parti pembangkang, bermakna semakin banyaklah polemik dan kontroversi yang boleh mereka lakukan. Kesibukan pihak parti kerajaan untuk mempertahankan diri daripada polemik dan kontroversi yang dicetuskan oleh parti-parti pembangkang pula, akan mewujudkan vakum, sekaligus menjadikan pemimpin-pemimpin parti pembangkang sebagai hero rakyat.

Disebabkan itulah, kita seringkali dapat melihat bagaimana para pemimpin parti pembangkang hanya memilih untuk menggunakan isu-isu sensasi yang langsung tidak memberikan kebaikan kepada rakyat. Walaupun sebahagian daripada mereka merupakan anggota Kerajaan Negeri, mentaliti mereka kekal sebagai pembangkang yang gilakan publisiti dan isu-isu sensasi. Hasilnya, kebajikan rakyat tidak terjaga, tetapi kebijaksanaan mereka menipu dan tidak malu untuk mengakui kerja-kerja Kerajaan Pusat sebagai kerja-kerja mereka seperti yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor, berjaya menutup kepincangan tersebut.


Demikianlah Artikel MAHATHIR… DARI SEORANG NEGARAWAN BERTUKAR MENJADI ‘SASAUAN’

Sekianlah artikel MAHATHIR… DARI SEORANG NEGARAWAN BERTUKAR MENJADI ‘SASAUAN’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MAHATHIR… DARI SEORANG NEGARAWAN BERTUKAR MENJADI ‘SASAUAN’ dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/mahathir-dari-seorang-negarawan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :