link : PH TIDAK DAPAT DIDAFTAR SEBAGAI SATU ENTITI SEBAB DAP DAN PPBM
PH TIDAK DAPAT DIDAFTAR SEBAGAI SATU ENTITI SEBAB DAP DAN PPBM
Pendaftar Pertubuhan (RoS) belum meluluskan permohonan pendaftaran Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan parti politik disebabkan masalah dalaman dua parti komponennya, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam pertemuan yang berlangsung dengan pemimpin utama gabungan berkenaan sebentar tadi.
DAP sebelum ini dibelit masalah pemilihan semula Jawatankuasa Esekutif Pusat (CEC) sementara PPBM berdepan risiko dibubarkan berikutan gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) selepas setahun ditubuhkan.
“Mereka dengar rintihan kami. Kami mahu supaya parti campuran ini didaftar secepat mungkin kerana kita memerlukan masa untuk buat persediaan untuk pilihan raya umum (PRU).
“Kalau diberi keputusan seminggu sebelum atau dua minggu sebelum, tidak mencukupi.
“Jadi nampak pegawai faham dan mereka menyatakan bahawa sebab yang mereka lambat beritahu kami ialah kerana ada masalah dengan PPBM dan DAP,” katanya kepada pemberita di perkarangan kompleks KDN sebentar tadi.

Demikianlah Artikel PH TIDAK DAPAT DIDAFTAR SEBAGAI SATU ENTITI SEBAB DAP DAN PPBM
Sekianlah artikel PH TIDAK DAPAT DIDAFTAR SEBAGAI SATU ENTITI SEBAB DAP DAN PPBM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PH TIDAK DAPAT DIDAFTAR SEBAGAI SATU ENTITI SEBAB DAP DAN PPBM dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/ph-tidak-dapat-didaftar-sebagai-satu.html