link : Kecoh! Katy Perry Jadi Penari Taylor Swift?
Kecoh! Katy Perry Jadi Penari Taylor Swift?
Baru-baru ini kecoh mengenai sebuah video yang tersebar menunjukkan Taylor Swift ketika sedang menjalani penggambaran video muzik terbaharunya bertajuk End Game.
Lebih mengejutkan kerana di dalam video tersebut ada wanita mirip wajah ‘musuh ketat’ Taylor iaitu Katy Perry.
Dalam rakaman video itu, Taylor sedang menari bersama penari-penarinya. Sayangnya, video tersebut dirakamkan dari jarak yang jauh, sehingga wajah para penari tidak dapat dilihat dengan jelas. Namun daripada lima penari terbabit, ada seorang penari dengan imej rambut pendek yang mirip seperti Katy Perry.
Video itu viral dan mendapat liputan beberapa media antarabangsa. Ramai peminat mula tertanya-tanya apakah benar Katy terlibat daam pembikinan video muzik Taylor.
Seperti diketahui, hubungan Taylor Swift dan Katy Perry memang tidak baik. Hubungan dua bintang yang dulunya merupakan sahabat baik itu mulai dingin sejak timbulnya gosip keintiman mereka dengan John Mayer tersebar, disusuli dengan Taylor dan Katy saling membalas sindiran di dalam lagu masing-masing.
The post Kecoh! Katy Perry Jadi Penari Taylor Swift? appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Kecoh! Katy Perry Jadi Penari Taylor Swift?
Anda sekarang membaca artikel Kecoh! Katy Perry Jadi Penari Taylor Swift? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/kecoh-katy-perry-jadi-penari-taylor.html