NAJIB BERIKAN TIGA BEKALAN UNTUK KEMENANGAN PRU14

NAJIB BERIKAN TIGA BEKALAN UNTUK KEMENANGAN PRU14 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul NAJIB BERIKAN TIGA BEKALAN UNTUK KEMENANGAN PRU14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : NAJIB BERIKAN TIGA BEKALAN UNTUK KEMENANGAN PRU14
link : NAJIB BERIKAN TIGA BEKALAN UNTUK KEMENANGAN PRU14

Baca juga


NAJIB BERIKAN TIGA BEKALAN UNTUK KEMENANGAN PRU14

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan tiga ‘bekalan’ kepada perwakilan UMNO untuk dibawa pulang dari perhimpunan agung parti itu ke kawasan masing-masing dalam usaha untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Perdana Menteri berkata bekalan pertama ialah supaya pimpinan di peringkat Bahagian UMNO menyelesaikan sebarang masalah kepimpinan secara ‘musyawarah’ (berunding) dalam semangat kekeluargaan parti.

Beliau berkata ia memandangkan kedudukan kepimpinan tertinggi telah diselesaikan para perwakilan yang meluluskan usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

“Di peringkat Bahagian ini, pakat-pakatlah selesaikan, saya tahu mana Bahagian yang ada masalah, ada yang tidak bertegur sapa…tolong selesaikan dalam semangat kekeluargaan UMNO,” katanya ketika berucap pada penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang berakhir hari ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Najib berkata para perwakilan dan anggota UMNO juga perlu menerima keputusan parti dalam menentukan calon pilihan raya atas semangat cintakan parti.

“Saya nak beritahu, jadi calon atau tidak bukan keputusan hati tetapi keputusan parti. Kalau saya suka orang itu pun (untuk jadi calon), tetapi parti tidak lepas, saya terpaksa kata sorry (maaf), kena terimalah keputusan itu kerana kita pilih winnable, likeable candidates (calon-calon mampu menang, disukai ramai), yang benar-benar boleh menang dan bawa kejayaan kepada parti,” kata beliau.

Najib turut meminta anggota UMNO supaya berjuang dan bertempur dengan penuh berani bagi mencapai kemenangan yang besar bagi BN dan mempertahankan Putrajaya, pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata UMNO dan BN mempunyai momentum untuk mencapai kemenangan kerana memiliki sokongan pelbagai lapisan masyarakat hasil agenda jelas dan tersusun untuk mentadbir negara.

“Kebanyakan pegawai kerajaan memihak kepada kita, mendokong dasar BN, terima kasih juga kepada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC), mereka ini pun sokong kita, banyak CEO memberikan sokongan, dahulu mereka nak (bersikap) profesional tetapi sekarang menyokong secara terbuka sebab yakin dengan hala tuju BN,” kata beliau.

Menyifatkan UMNO sebagai parti masa depan untuk masa hadapan, Najib berkata ia telah melakar pelbagai kejayaan sebagai parti tunjang kerajaan.

“Kalau kita lihat di bahagian Utara Semenanjung, kita ada Special Border Economic Zone (Zon Ekonomi Sempadan Khas), dan jika kita turun ke Perak, kita juga ada West Coast Expressway (Lebuhraya Pantai Barat), kita akan ada kilang Proton yang baharu yang akan dibina di Tanjung Malim, dan Lembah Klang pula iaitu Kuala Lumpur kini telah menjadi antara 10 bandar yang liveable (sesuai didiami) dan bandaraya keempat di dunia menerima paling ramai kedatangan pelancong.

“Selain itu kita ada MRT (Transit Aliran Massa) yang laluan kedua dan ketiga kini sedang dibina di mana kita akan pastikan 50 peratus ruang perniagaan di stesen-stesen MRT itu akan diisi oleh peniaga Bumiputera,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Sambil berkata keadaan itu amat berbeza berbanding pembangkang yang tiada agenda jelas dan sentiasa kucar-kacir, beliau menyifatkan pendirian mereka seperti ‘kartun’ apabila kerap berubah mengenai sesuatu perkara.

Dalam ucapan penangguhannya itu, Najib turut membangkitkan persoalan pokok mengenai siapa yang akan menjadi perdana menteri sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya.

“Saya dengar khabar, ada orang bernama Lim Kit Siang minat untuk jadi perdana menteri….kemudian, ada pula seorang yang berumur 93 tahun minat untuk menjadi perdana menteri lagi, yang senja meniti malam, (perdana menteri) Zimbabwe pun sudah tidak ada, jadi bagaimana kita hendak meletakkan masa depan kita kepada dua individu ini,” katanya.

Najib turut merakamkan penghargaan kepada perwakilan yang meluluskan usul jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang, dan berjanji menjunjung amanah besar itu untuk terus memimpin bahtera besar UMNO menuju masa depan yang cerah dan gemilang.

Beliau berkata walaupun telah mengetahui yang usul itu akan dibincangkan pada perhimpunan kali ini, beliau mengambil pendirian untuk tidak campur tangan kerana perkara itu berkaitan dengan kedudukannya selaku presiden parti.

“(Ini) kerana saya percaya keputusan untuk membawa usul itu ke perhimpunan kali ini mestilah datang dari perwakilan bukan atas petunjuk daripada presiden atau bukan kerana saya membisik perkara itu,” kata beliau.

Dalam sidang media selepas itu, Najib berkata keputusan berkenaan dibuat mengikut perlembagaan kerana kuasa tertinggi adalah perhimpunan agung yang boleh meminda perlembagaan parti.

Berhubung perhimpunan agung kali ini yang berlangsung lima hari dan berakhir hari ini, Najib menyifatkan ia luar biasa’’ dan sangat berpuas hati dengan keseluruhan perjalanan mesyuarat parti.

Ketika ditanya sama ada PRU14 akan diadakan dalam tempoh terdekat, Najib mengulangi jawapan: “anytime before June (bila-bila masa sebelum Jun)”.


Demikianlah Artikel NAJIB BERIKAN TIGA BEKALAN UNTUK KEMENANGAN PRU14

Sekianlah artikel NAJIB BERIKAN TIGA BEKALAN UNTUK KEMENANGAN PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel NAJIB BERIKAN TIGA BEKALAN UNTUK KEMENANGAN PRU14 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/najib-berikan-tiga-bekalan-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :