GUAN ENG RISAU DENGAN KEHADIRAN PAS, BERI KELEBIHAN KEPADA BN?

GUAN ENG RISAU DENGAN KEHADIRAN PAS, BERI KELEBIHAN KEPADA BN? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul GUAN ENG RISAU DENGAN KEHADIRAN PAS, BERI KELEBIHAN KEPADA BN?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : GUAN ENG RISAU DENGAN KEHADIRAN PAS, BERI KELEBIHAN KEPADA BN?
link : GUAN ENG RISAU DENGAN KEHADIRAN PAS, BERI KELEBIHAN KEPADA BN?

Baca juga


GUAN ENG RISAU DENGAN KEHADIRAN PAS, BERI KELEBIHAN KEPADA BN?

Kehadiran PAS bertanding di Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Presiden Pakatan Harapan Lim Guan Eng.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata bagaimanapun PAS berhak bertanding di mana-mana kerusi dalam sistem demokrasi termasuk di kawasan Parlimen Permatang Pauh dan kerusi DUN Air Putih.

“Ini adalah satu cabaran sekiranya PAS bertanding kerana semua lihat PAS sebagai membantu Barisan Nasional (BN) namun segalanya akan bergantung kepada rakyat,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata kehadiran PAS itu akan memberi kelebihan kepada BN untuk menang dan sudah tentu Gerakan, MCA dan Umno akan rasa gembira dengan perkara itu.

Lim berkata demikian sebagai mengulas hasrat PAS untuk meletakkan calon di Parlimen Permatang Pauh seperti yang diumumkan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada ceramah parti itu di Permatang Pauh baru-baru ini.

Menurut Abdul Hadi, kerusi parlimen itu pernah dimiliki PAS pada pilihan raya umum 1978 menerusi wakilnya Zabidi Ali.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh kini disandang Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang memenanginya menerusi pilihan raya kecil pada Mei 2015 selepas penyandangnya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai anggota parlimen.

PAS bertanding di Permatang Pauh sejak 1969 sebelum menyerahkan kerusi itu kepada PKR pada pilihan raya umum 1999. Anwar mewakili kerusi parlimen itu sejak 1982 atas tiket Umno.


Demikianlah Artikel GUAN ENG RISAU DENGAN KEHADIRAN PAS, BERI KELEBIHAN KEPADA BN?

Sekianlah artikel GUAN ENG RISAU DENGAN KEHADIRAN PAS, BERI KELEBIHAN KEPADA BN? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel GUAN ENG RISAU DENGAN KEHADIRAN PAS, BERI KELEBIHAN KEPADA BN? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/guan-eng-risau-dengan-kehadiran-pas.html

Subscribe to receive free email updates: