Jangan ambil mudah hanya tukar nama, kata Amanah kepada Azmin...Berbalah Balah Sesama Sendiri

Jangan ambil mudah hanya tukar nama, kata Amanah kepada Azmin...Berbalah Balah Sesama Sendiri - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jangan ambil mudah hanya tukar nama, kata Amanah kepada Azmin...Berbalah Balah Sesama Sendiri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jangan ambil mudah hanya tukar nama, kata Amanah kepada Azmin...Berbalah Balah Sesama Sendiri
link : Jangan ambil mudah hanya tukar nama, kata Amanah kepada Azmin...Berbalah Balah Sesama Sendiri

Baca juga


Jangan ambil mudah hanya tukar nama, kata Amanah kepada Azmin...Berbalah Balah Sesama Sendiri

SHAH ALAM: Pimpinan Amanah Pusat hari ini membidas kenyataan yang dibuat Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, bahawa mana-mana jawatankuasa itu tidak hanya boleh ditukar nama sahaja.

Sebaliknya tegas Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad, satu lagi jawatankuasa yang lain perlu diwujudkan bersama dengan perwakilan yang baru daripada keempat-empat parti komponen dalam PH.

"Sepatutnya memang ada dua jawatankuasa yang berasingan dan bukan satu jawatankuasa yang mempunyai dua nama.

"Ia dua jawatankuasa yang berbeza, satu untuk menguruskan pilihanraya manakala satu lagi membincangkan tentang agihan kerusi.

"Dia (Azmin) kata tukar nama (jawatankuasa), maknanya terpulang kepadanya jika perwakilannya di dalam jawatankuasa itu adalah orang yang sama terpulang kepadanya, tetapi bagi parti-parti yang lain masing-masing akan hantar perwakilan yang sama atau berbeza terpulang pada parti masing-masing kerana ia jawatankuasa yang berbeza," katanya kepada Antarapos.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas tentang keinginan Azmin yang tidak mahu mangadakan satu lagi jawatankuasa khas bagi membincangkan isu agih kerusi di Selangor.

Namun Azmin sekadar ingin menukarkan nama jawantankuasa sedia ada iaitu Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri Selangor’ kepada ‘Jawatankuasa Pengagihan Kerusi’.

Azmin mungkin keliru

Menurut Khalid, Azmin yang juga Menteri Besar negeri itu mungkin keliru dengan fungsi diantara kedua-dua jawatankuasa tersebut pada ketika ini, justeru mengambil pendekatan 'mudah' dengan hanya menukarkan namanya sahaja, tanpa memahami keperluan menubuhkan satu lagi jawatankuasa yang baru.

"Itu sebab dia (Azmin) silap ingat jawatankuasa rundingan kerusi dengan jawatankuasa pilihnraya itu sama dan hanya sekadar tukar nama sahaja.

"Di seluruh negara memang ada dua jawatankuasa, peringkat nasional juga ada dua jawatankuasa, disemua negeri juga ada dua jawatankuasa, tetapi mungkin Azmin tidak faham atau keliru tentang persoalan ini dan dia menganggap bahawa ia satu jawatankuasa yang mempunyai dua nama atau boleh tukar-tukar nama, ia bukannya tugas yang sama dan mandatnya adalah berbeza," ujar beliau lagi.

Sehubungan itu, Khalid berharap jawatankuasa yang baru itu akan bermesyuarat dengan segera sebelum tamat tempoh agihan kerusi PH pada 7 Februari ini.

Semalam, Azmin berkata tiada jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk menyelesaikan isu agih kerusi di negeri itu.

Azmin berkata, Jawatankuasa Pilihan Raya Selangor yang kini digunakan untuk rundingan agih kerusi mungkin akan ditukar namanya menjadi Jawatankuasa Pengagihan Kerusi, dengan turut mengekalkan ahli jawatankuasa yang sama.

Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mengumumkan jawatankuasa khas bagi PH Selangor menyelesaikan isu agih kerusi di negeri itu.

Ia kemudian didesak Amanah Selangor agar PKR Selangor terutama Azmin patuh pada pengumuman Dr Mahathir itu.

Namun, Pengarah Pilihan Raya PH Selangor, Dr Xavier Jayakumar bertegas mahu meneruskan rundingan itu menerusi Jawatankuasa Pilihan Raya PH Selangor - yang sudah mengadakan empat kali mesyuarat.

Perkara itu kemudiannya dibantah tiga parti komponen PH yang lain Amanah, PPBM dan DAP bertegas mahukan satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk tujuan itu.

Mengulas lanjut, Khalid berkata setiap negeri sememamgnya sudah mempunyai dua jawatankuasa yang berbeza untuk membincangkan perihal pengurusan pilihan raya dan dan pengagihan kerusi.

Justeru ujarnya, tidak patut timbul soal mahu menukarkan 'namanya' sahaja disamping mengekalkan perwakilan yang sama dalam jawatankuasa tersebut.


Demikianlah Artikel Jangan ambil mudah hanya tukar nama, kata Amanah kepada Azmin...Berbalah Balah Sesama Sendiri

Sekianlah artikel Jangan ambil mudah hanya tukar nama, kata Amanah kepada Azmin...Berbalah Balah Sesama Sendiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jangan ambil mudah hanya tukar nama, kata Amanah kepada Azmin...Berbalah Balah Sesama Sendiri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/jangan-ambil-mudah-hanya-tukar-nama.html

Subscribe to receive free email updates: