Penduduk Sungai Siput kembali menyokong BN

Penduduk Sungai Siput kembali menyokong BN - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penduduk Sungai Siput kembali menyokong BN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penduduk Sungai Siput kembali menyokong BN
link : Penduduk Sungai Siput kembali menyokong BN

Baca juga


Penduduk Sungai Siput kembali menyokong BN

Parlimen Sungai Siput yang dulunya dilihat kawasan “gelap” bagi Barisan Nasional kini sudah bertukar status warnanya menjadikan ia salah satu kawasan jauh lebih selamat.

Laluan bagi calon MIC yang bertanding atas tiket Barisan Nasional mempertahankan kerusi parlimen ini jauh lebih mudah berbanding dua pilihanraya lalu iaitu PRU ke 12 (2008) dan PRU ke13 (2013).

Untuk rekod parlimen Sungai Siput secara tradisi adalah kerusi dipertandingkan MIC dan dilihat bakal kekal begitu pada PRU ke14 kelak.

Ia juga dilihat kubu MIC (dan BN) kerana di kawasan ini secara tradisinya pemimpin utama MIC diletakkan sebagai calon BN sebelum dipilih pula menduduki kerusi kabinet.

Seolah-olah indikasinya, menang sebagai ahli parlimen Sungai Siput menjanjikan satu jawatan dalam kerajaan.

Namun, seperti sering disebut, langit tidak selalunya cerah.  Imej MIC merosot dengan teruk pada dua pilihanraya (2008 dan 2013) apabila dua calonnya tewas kepada pembangkang lantas menjadikan ia tidak lagi kekal sebagai kubu mereka.

Lebih ironi Presiden MIC ketika itu, Tun S.Samy Velu, yang juga menteri kanan dalam kerajaan tewas kepada pembangkang pada PRU ke 12 di Sungai Siput. Calon incumbent itu hanya memperoleh 14,637 undi berbanding pencabar, Dr.Michael Jeyakumar Devaraj (PKR),16,458.

Sedangkan hakikatnya, pada pilihanraya tahun 1999, Samy menang mudah dengan memperoleh undi majority sebanyak 5,259. Diulang lagi pencapaian cemerlang itu pada pilihanraya berikut (2004), dengan mengekalkan kerusi sama dan memungut 10,235 undi majority.

Berikutan perebutan kerusi antara DAP dengan PSM dan sikap degil PSM enggan mengalah, membuka peluang baru bagi BN jika berlaku pertandingan tiga penjuru.

DAP sendiri sedar mereka pernah tewas pada BN pada 2004 dengan memperoleh undi paling rendah.

Pada masa itu calon DAP, PP Sanmugam mendapat 9.4 %undi hampir hilang wang deposit lantas PSM melalui kenyataan seorang pemimpinnya, Arutchelvan mengulangi, “kami tidak takut DAP turut bertanding.”

Dan beliau percaya berasaskan senario dahulu jika DAP (dan PSM turut sama) degil mahu bertanding juga, peluang BN memperoleh semula kerusi parlimen ini jauh lebih cerah.

Dalam satu kenyataan media tidak lama dulu, Arutchelvan berkata " . . . apabila DAP menentang PSM pada tahun 2004, ini hanya memberi kemenangan kepada BN, jadi jika DAP bertanding di Sungai Siput, ini hanya akan membantu BN."

Kini scenario di Sungai Siptu jauh berbedza dan pemerhati juga melihat jika dulu sentimen kaum yang dimainkan pembangkang merupakan antara faktor kepada kekalahan BN namun hari ini sentimen itu berjaya ditangani dengan baik  menerusi gerak kerja jentera BN yang dianggotai MCA, MIC dan Gerakan.

Atas kesungguhan itu,  BN yakin dapat menawan semula Parlimen Sungai Siput dari tangan pembangkang dalam pilihan raya akan datang.

Keyakinan tersebut disuarakan Pengerusi BN Sungai Siput, Datuk Zolkafly Harun yang mendakwa rakyat khasnya pengundi di Sungai Siput sudah bosan dengan kepimpinan pembangkang kerana tiada pembangunan dibawa sepanjang dua penggal mereka memerintah dan ia membuatkan rakyat serik.

Menurut beliau, kebanyakan rakyat ditemui mengaku mereka tersilap memilih wakil rakyat dan mahu membetulkannya dalam pilihan raya nanti.

``Saya lihat rakyat berasa insaf kerana sudah dua penggal mereka ketinggalan dalam pembangunan. Itu sebab mereka rasa mahu menukar pimpinan kelak. Saya yakin kita boleh tawan semula Sungai Siput....bukan sahaja kerana rakyat serik dengan mereka malah kerana kekuatan kita juga semakin bertambah.

``Parti komponen juga sudah mencapai persefahaman yang baik. Jika strateginya disusun dengan baik, saya yakin Sungai Siput akan menjadi milik BN," katanya kepada Agendadaily.

Amanat yang disampaikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang juga Pengerusi BN Perak semasa lawatannya ke Sungai Siput baru-baru ini memberikan semangat tinggi kepada MIC  untuk melakukan yang terbaik pada PRU 14 nanti.

`Slogan Sungai Siput, Jalong Ditawan, Lintang dipertahan' menaikkan motivasi  MIC  yang kini begitu yakin berdepan lawan pada pilihan raya nanti.     

Setiausaha MIC Sungai Siput, K. Manimaran  mengakui amanat disampaikan DFr Zambry semasa mengadakan perjumpaan dengan BN Sungai Siput berjaya membuka mata mereka (MIC).

``Banyak amanat dan nasihat disampaikan Dr Zambry...selepas mendengarnya semua ahli MIC begitu bersemangat dan berkeyakinan tinggi...kami telah melakukan segalanya untuk kembali mendapat kepercayaan rakyat dan semua nampak membuahkan hasil...rakyat mula menerima MIC.

``Bila Pengerusi BN Perak  sendiri yakin dan hargai perjuangan kami..semangat kami makin membara'' katanya.

Menurut Manimaran, meskipun pilihan raya sudah semakin dekat, mereka tidak berhenti mengusulkan banyak perkara  untuk kebaikkan masyarakat India di Sungai Siput.

``Antara perkara yang kami bawa adalah Rancangan Penempatan Semula Rakyat Termiskin Kampung Kemuning yang sehingga kini masih belum diwujudkan.

``Sudah beberapa kali perkara ini dibawa ke peringkat atasan dan kami harap sesuatu dapat dilakukan bagi merealisasikan projek ini kerana ia memberi manfaat besar  kepada penduduk terutamanya mereka yang tinggal di kawasan estet yang tidak mempunyai keselesaan apa tah lagi geran tanah,'' kata Manimaran.

Justeru, andaian dan teka-teki BN dijangka beroleh kemenangan dan merampas kembali kerusi Parlimen Sungai Siput bakal menjadi realiti apatahlagi fakta kecelaruan dipihak Pakatan Harapan  dianggap rakus untuk turut bertanding di Parlimen itu.

Ahli Parlimen PSM Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar kebelakangan ini  menzahirkan kebimbangannya jika kerusi tersebut akan dimenangi Barisan Nasional (BN) andainya Pakatan Harapan (PH) berkeras untuk turut bertanding di situ.

Dr Jeyakumar juga kesal kerana PSM tidak dibawa berunding padahal PH sepatutnya bersahabat dengan partinya.

“Kami tak diberi peluang untuk berunding mengenai kerusi dengan PH. Mereka sepatutnya bersahabat dengan kami tapi mereka tak mahu berbincang dengan kami.

“Kalau mereka (PH) mahu bertanding tiga penjuru, sangat mungkin untuk BN menang. Ia akan jadi pertandingan sengit buat kami. Ada kemungkinan besar untuk kalah,” kata Jeyakumar.

Beliau yang memegang jawatan ahli Parlimen Sungai Siput untuk dua penggal itu menambah PH malah memilih untuk mengenakan beberapa syarat terhadap PSM untuk bekerjasama dengan gabungan itu.

Dr Jeyakumar mendakwa, antara syarat yang dikenakan adalah PSM patut melepaskan semua kerusi lain yang mahu dipertandingkan selain menggunakan nama PH di Sungai Siput.

“Mereka nak tawarkan Sungai Siput kepada kami tapi dengan menggunakan bendera mereka. Kami juga diberitahu yang kami tidak dibenarkan bertanding di kerusi lain. Kami nak bertanding lebih kurang 15 kerusi.'' katanya.

Dr Jeyakumar bertegas PSM tidak akan mengikut tuntutan PH, dan parti itu akan bertanding dengan logo dan bendera sendiri.

“Tidak. Kami tak akan bertanding bawah logo mereka. Kenapa kami patut diketepikan? Kami nak memperkenalkan politik cara kami di negara ini,” katanya.

Bagaimanapun menurut beliau,  PSM sentiasa membuka ruang untuk berunding dengan PH sebelum pilihan raya umum jika dapat mengelakkan persaingan tiga penjuru.

Baru-baru ini,  Pakatan Harapan mengumumkan, gabungan parti itu akan bertanding di 165 kerusi.

Bersatu akan bertanding di 52 kerusi, diikuti PKR dengan 51 kerusi, Amanah dengan 27 dan DAP dengan 35.

PKR telah mengumumkan untuk bertanding di Sungai Siput yang mana telah dipertahankan oleh PSM selama dua penggal.

Kerusi itu dimenangi Dr Jeyakumar menang dengan 2,700 majoriti undi dalam pilihan raya umum ke-13.

Sebelum PSM, kerusi itu merupakan kubu kuat MIC-BN yang disandang bekas Menteri Kerja Raya S. Samy Vellu.


Demikianlah Artikel Penduduk Sungai Siput kembali menyokong BN

Sekianlah artikel Penduduk Sungai Siput kembali menyokong BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penduduk Sungai Siput kembali menyokong BN dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/penduduk-sungai-siput-kembali-menyokong.html

Subscribe to receive free email updates: