Tergamak bayar pakai wang fotostat

Tergamak bayar pakai wang fotostat - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tergamak bayar pakai wang fotostat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tergamak bayar pakai wang fotostat
link : Tergamak bayar pakai wang fotostat

Baca juga


Tergamak bayar pakai wang fotostat

 Seorang peniaga foodtruck mendakwa terpaksa menanggung kerugian selepas ditipu pelanggannya yang menggunakan wang ‘fotostat’ ketika urus niaga di Pulau Warisan, di sini, Khamis lalu.

Mangsa, Zurina Muda, 36, berkata, dia hanya menyedari wang bernilai RM100 itu dicetak pada  kertas A4 ketika mengira wang hasil perniagaan bersama suaminya, Erwan Hafiz Wan Ibrahim, 37 pada jam 11.30 malam.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam. Masa tu pelanggan tengah ramai sampai kami tak sedar siapa yang beri wang itu. Masa tu pekerja yang ambil wang dari pelanggan dan saya berikan wang baki.

“Masa tu kami bekerja empat orang. Lepas dia hulur RM100 palsu untuk beli lima air dan sebekas jeruk buah kepada pekerja saya, saya pulangkan baki RM88,” katanya ketika ditemui di lokasi perniagaan di Pulau Warisan.

Zurina berkata, selepas menularkan kejadian itu di laman sosial facebooknya, dia turut mendapat maklum balas dari seorang peniaga lain di Pasar Payang yang memberitahu turut menerima nasib serupa.

“Peniaga itu beritahu dia sempat mengecam suspek seorang wanita bertudung dan berkulit cerah tetapi saya tak sempat cam pula bagaimana rupa individu berkenaan.

“Penipuan wang kertas RM100 ini kebelakangan ini macam berleluasa pula sehingga ada kedai yang dilihat membuat notis enggan menerima wang RM100 kerana bimbang ditipu,” katanya.

Ditanya sama ada akan membuat laporan polis, katanya, dia tak mahu berbuat demikian dan berharap individu berkenaan beroleh keinsafan.

“Biarlah saya tak nak buat laporan polis lagi. Saya hanya berdoa supaya individu itu insaf dengan perbuatannya.

“Zaman sekarang nak dapat duit bukan senang, tergamak dia ambil duit saya dengan cara menipu. Saya doakan dia insaf,” katanya.

The post Tergamak bayar pakai wang fotostat appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tergamak bayar pakai wang fotostat

Sekianlah artikel Tergamak bayar pakai wang fotostat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tergamak bayar pakai wang fotostat dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/tergamak-bayar-pakai-wang-fotostat.html

Subscribe to receive free email updates: