Ceramah PH di Kamunting tiada permit polis

Ceramah PH di Kamunting tiada permit polis - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ceramah PH di Kamunting tiada permit polis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ceramah PH di Kamunting tiada permit polis
link : Ceramah PH di Kamunting tiada permit polis

Baca juga


Ceramah PH di Kamunting tiada permit polis

TAIPING: Ceramah Jelajah Pakatan Harapan yang diadakan di jalan utama ke Kampung Bukit Jana, Kamunting di sini pada malam tadi disahkan tidak mempunyai permit polis.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Taib berkata pihaknya juga menerima laporan polis daripada penduduk setempat yang mendakwa ceramah tersebut menghalang lalu lintas.

Sebelum itu anggota keselamatan meminta pihak penganjur untuk mengubah sebuah treler milik Pakatan Harapan yang boleh diubah menjadi pentas ceramah kerana didakwa mengganggu lalu lintas kira-kira 8.30 malam.

Antara yang hadir Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yasin, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Meng.

Ceramah itu tamat kira-kira 12.00 tengah malam diakhiri dengan ceramah daripada Tun Mahathir.

Kira-kira 2,000 penyokong menghadirinya walaupun PH mendakwa 10,000 yang hadir.

Kamunting, sebuah pekan di utara Taiping dikenali sebagai pusat tahanan ISA yang membenarkan penahanan tanpa bicara.

Dr Mahathir ketika menjadi perdana menteri dituduh menggunakan ISA terhadap seteru politiknya bagi memperkukuh kekuasaannya.

Presiden Amanah, Mohamed Sabu dalam ucapannya mendakwa Dr Mahathir tidak terdesak untuk menjadi calon perdana menteri pembangkang, namun beliau mahu membaiki kesilapan yang pernah dilakukannya sepanjan 22 tahun menjawat jawatan itu.

"Adakah Mahathir nak naik jet eksekutif, apakah Mahathir nak jalan di permaidani merah, adakah Mahathir nak makan di istana antarabangsa?

"Itu semua dia dah lalui. Mahathir jadi PM nak betulkan kesalahan," kata Mohamad Sabu.

Ketua Menteri Pulau Pinang pula berkata jika HARAPAN menang, pakatan itu akan kembali ke era Mahathir yang tidak mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

"Kita bukan saja nak buang BN, kita nak buang GST," kata Lim Guan Eng.

Manakala Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail ketika berucap mengaitkan pengalaman suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah ditahan di Kamunting.

"ISA dulu pun boleh disalahgunakan dan dia ceritakan di sebelah sel dia bukan saja Dr Seyd Husin Ali tapi seorang Tionghua yang ditangkap. Dia pekerja di kedai Cina.

"Tauke komunis. Dia tak komunis. Ini tunjukkan ketidakadilan berlaku," kata beliau.

Namun demikian, Wan Azizah yang memperkenalkan Mahathir sebagai calon perdana menteri berkata Anwar bukan seorang pendendam.

"Tapi, Anwar tidak ada dendam.

"Perjuangan ini bukan untuk jawatan, kita bekerja untuk masa depan negara bersama," kata beliau lagi.

Dr Mahathir ketika naik ke atas pentas ceramah berkata beliau mahu kembali menjadi perdana menteri pada usia 92 tahun bukanlah kerana keinginan untuk berkuasa, sebaliknya ia menjadi suatu kemestian.

"Saya sudah menjadi perdana menteri selama 22 tahun. Bukan niat saya untuk jadi perdana menteri lagi. 22 tahun sudah mencukupi," kata beliau.

"Kita dah dapat cukup dah, tapi kita berpendapat Datuk Seri Najib sedang rosakkan negara maka kita ketepikan fahaman berbeza antara kita.

"Kita bergabung, kita buat Pakatan Harapan supaya dengan HARAPAN ini kita dapat menggembelingkan tenaga rakyat Malaysia untuk menjatuhkan Najib," kata beliau.


Demikianlah Artikel Ceramah PH di Kamunting tiada permit polis

Sekianlah artikel Ceramah PH di Kamunting tiada permit polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ceramah PH di Kamunting tiada permit polis dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/ceramah-ph-di-kamunting-tiada-permit.html

Subscribe to receive free email updates: