Dulu Kutuk ‘Mahafiraun’, Sekarang Isi Borang Masuk PPBM...Kerana Terlebih Makan DEDAK Kot

Dulu Kutuk ‘Mahafiraun’, Sekarang Isi Borang Masuk PPBM...Kerana Terlebih Makan DEDAK Kot - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dulu Kutuk ‘Mahafiraun’, Sekarang Isi Borang Masuk PPBM...Kerana Terlebih Makan DEDAK Kot, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dulu Kutuk ‘Mahafiraun’, Sekarang Isi Borang Masuk PPBM...Kerana Terlebih Makan DEDAK Kot
link : Dulu Kutuk ‘Mahafiraun’, Sekarang Isi Borang Masuk PPBM...Kerana Terlebih Makan DEDAK Kot

Baca juga


Dulu Kutuk ‘Mahafiraun’, Sekarang Isi Borang Masuk PPBM...Kerana Terlebih Makan DEDAK Kot

PUSINGAN U… Meskipun pernah gelar Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai ‘Mahafiraun’ dan bangkang Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun pada hari ini Wan Saiful Wan Jan ‘jilat semula ludah’.

Inilah yang berlaku apabila beliau tidak semena-mena dilaporkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), iaitu salah satu daripada empat parti pembangkang dalam Pakatan Harapan yang belum sah didaftarkan.

Bukan itu sahaja, tidak sampai sejam diterima menjadi ahli seumur hidup PPBM, beliau ‘bertuah’ telah ditawarkan pula jawatan Timbalan Pengarah Biro Strategik dan Dasar selain menjadi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti.

Dalam satu sidang akhbar memperkenalkan Wan Saiful di ibu negara pada hari ini, beliau secara terbuka mengakui pernah menggelarkan Mahathir yang kini berusia 92 tahun dan merupakan Pengerusi PPBM sebagai ‘Mahafiraun’.

Beliau yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif badan pemikir Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) itu bahkan mengakui membangkang Muhyiddin ketika Presiden PPBM itu menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, ketika diajukan pemberita soalan cepumas mengenai tindakan pusingan U yang dibuat oleh dirinya sendiri, Wan Saiful kelihatan cuba elak daripada menjawab secara tuntas sehingga mengecewakan pihak media.

Beliau sebaliknya berdolak-dalik apabila memberitahu konon perlu lebih banyak mempelajari mengenai disiplin dalam urusan kepimpinan parti serpihan UMNO itu yang sehingga kini status mesyuarat agung tahunannya diragui.

“Apa yang penting di sini, saya orang baharu, jadi saya jangan hendak perasan bagus sangatlah. Ada perkara yang saya perlu belajar. Ada juga perkara akan beri saya peluang untuk memberi penerangan,” kata Wan Saiful.

Dalam pada itu, sumber memberitahu bahawa keputusan pihak PPBM membawa masuk beliau bertujuan untuk menjadikannya calon parti itu untuk bertanding di kawasan Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Ia sekali gus membuktikan PPBM sebenarnya memang ketandusan calon sendiri untuk diketengahkan sebagai wakil parti selain tidak mempunyai kepimpinan yang kukuh di peringkat akar umbi.


Demikianlah Artikel Dulu Kutuk ‘Mahafiraun’, Sekarang Isi Borang Masuk PPBM...Kerana Terlebih Makan DEDAK Kot

Sekianlah artikel Dulu Kutuk ‘Mahafiraun’, Sekarang Isi Borang Masuk PPBM...Kerana Terlebih Makan DEDAK Kot kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dulu Kutuk ‘Mahafiraun’, Sekarang Isi Borang Masuk PPBM...Kerana Terlebih Makan DEDAK Kot dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/dulu-kutuk-mahafiraun-sekarang-isi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :