link : Keadaan Kesihatan Memaksa Elyana Gugurkan Kandungan
Keadaan Kesihatan Memaksa Elyana Gugurkan Kandungan
Penyanyi Elyana, 31, sekali lagi terpaksa mengugurkan kandungannya yang baharu berusia dua bulan, pada 7 Mac lalu.
Memetik laporan media, Elyana berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat pandangan daripada ustaz, memandangkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan dan dia perlu bergantung pelbagai jenis ubat.
“Ustaz kata kalau memudaratkan diri memang perlu digugurkan.
“Siapa yang tak sedih memandangkan saya sendiri teringin untuk mempunyai anak yang ramai.
“Sebelum ini saya hamil luar rahim pada 2016 dan perlu mengugurkan kandungan. Kini sekali lagi saya terpaksa mengugurkan kandungan.
“Kalau kanser saya masih di peringkat awal mungkin saya boleh kuatkan diri. Tapi dalam keadaan saya sekarang, saya bimbang ubat-ubatan itu akan memberi kesan kepada kandungan dan anak yang bakal lahir,” tutur penyanyi yang pernah popular dengan lagu Kalis Rindu ini.
Sebelum ini, Elyana pernah menyatakan hasrat untuk mengambil anak angkat tetapi tidak berjaya.
Terdahulu, dia mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan dia menghidap kanser limfoma tahap empat sejak tujuh tahun lalu ketika membuat ucapan selepas tersingkir daripada program Gegar Vaganza musim keempat.
The post Keadaan Kesihatan Memaksa Elyana Gugurkan Kandungan appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Keadaan Kesihatan Memaksa Elyana Gugurkan Kandungan
Anda sekarang membaca artikel Keadaan Kesihatan Memaksa Elyana Gugurkan Kandungan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/keadaan-kesihatan-memaksa-elyana.html