Tahap dengki itu tinggi betul: Tiz Zaqyah

Tahap dengki itu tinggi betul: Tiz Zaqyah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tahap dengki itu tinggi betul: Tiz Zaqyah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tahap dengki itu tinggi betul: Tiz Zaqyah
link : Tahap dengki itu tinggi betul: Tiz Zaqyah

Baca juga


Tahap dengki itu tinggi betul: Tiz Zaqyah

TINDAKAN sesetengah ‘keyboard warrior’ Malaysia ‘menyerang’ Instagram legenda bola sepak Brazil, Roberto Carlos, telah ditegur oleh netizen tempatan dan juga luar negara.

Beberapa netizen menyifatkan tindakan  ‘keyboard warrior’ ini memerli, menyindir dan tidak kurang yang menyumpah seranah Carlos sebagai tidak matang.

Bahkan ada beberapa pengguna media sosial dari Singapura dan Indonesia mengakui mencari Instagram Carlos selepas berita gambar bekas pemain bola sepak itu memeluk aktres, Tiz Zaqyah viral.

Kebanyakan mereka meminta ‘keyboard warrior’ ini tidak memalukan Malaysia, seperti yang pernah dilakukan ke atas penyanyi, Dua Lipa, sebelum ini.

Dalam pada itu, menerusi laporan mStar Online, Tiz Zaqyah menyindir ‘kegigihan’ sesetengah netizen yang menyerang laman Instagram selebriti sukan itu, selepas dia menutup ruangan komen pada gambar yang dimuat naiknya.

Menerusi status di Instastory, pelakon berkenaan memuat naik kata-kata tentang tahap dengki netizen yang sanggup menulis komen di Intasgram milik orang lain selepas ruangan komennya ditutup.

“Tak dapat komen gambar kita, dia pergi komen orang lain punya. Tahap dengki itu tinggi betul, so much effort,” tulisnya.

Rata-rata netizen melepaskan kemarahan dan rasa kurang senang di Instagram milik Roberto yang ditulis dalam bahasa Melayu.

Mereka berpendapat, pelakon berkenaan tidak menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang selebriti beragama Islam.

Roberto berada di Kuala Lumpur sejak tiga hari lalu kerana pelantikannya sebagai duta global syarikat penerbangan Air Asia.

Dalam pada itu, foto yang dimuat naik pelakon itu kini menerima lebih 41,000 tanda suka.

The post Tahap dengki itu tinggi betul: Tiz Zaqyah appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tahap dengki itu tinggi betul: Tiz Zaqyah

Sekianlah artikel Tahap dengki itu tinggi betul: Tiz Zaqyah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tahap dengki itu tinggi betul: Tiz Zaqyah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/tahap-dengki-itu-tinggi-betul-tiz-zaqyah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :