Zara Zya akui ikut trend

Zara Zya akui ikut trend - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zara Zya akui ikut trend, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zara Zya akui ikut trend
link : Zara Zya akui ikut trend

Baca juga


Zara Zya akui ikut trend

MINAT yang mendalam terhadap bidang seni suara mendorong pelakon genit, Zara Zya mengeluarkan single pertamanya, Tiada Dendam.

Lagu ciptaan Lieynur Liey dan Fauzi Aisunam, lirik Iman Imran ini sudah boleh didengar di Apple Music bermula hari ini manakala video liriknya akan dilancarkan di Channel Youtube Life Records Malaysia pada 30 Mac 2018.

Lagu ini juga boleh didengar di Spotify, JOOX,KKBOX, DEEZER dan lain-lain digital platform bermula esok.

Menerusi temu bual bersama Sinar Harian, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin menyifatkan, single pertamanya ini sebagai hadiah buat peminat.

Ujar wanita berusia 33 tahun ini, dia melihat 2018 adalah tahun yang sesuai buatnya mencuba sesuatu yang baharu, apatah lagi, sudah beberapa kali peminat setianya meminta dia mengeluarkan single sendiri.

“Zara memang dah lama minat menyanyi cuma tak adalah aktif. Kalau pergi event adalah sesekali menyanyi dan selebihnya karaoke.

“Jadi bila peminat tahu Zara suka menyanyi, mereka minta Zara keluarkan single sendiri. Jadi Zara kira ini adalah hadiah juga buat peminat,” katanya.

Ditanya tidakkah dia bimbang sekiranya ada pihak yang tidak menyukai suaranya, Zara berkata, dia sudah bersedia menerima apa jua kritikan.

Bahkan, Zara juga tidak menolak bahawa keputusannya mengeluarkan single sendiri, sebagai mengikut trend beberapa pelakon yang menceburi bidang seni suara sejak akhir-akhir ini.

“Zara lihat sekarang pun ramai pelakon yang keluarkan single dan dapat respons baik. Jadi alang-alang apa salahnya Zara cuba.

“Kalau ada orang tak suka pun, Zara terima. Menyanyi pun macam berlakon juga. Ada orang suka, ada orang tak suka.

“Jadi Zara ambil dan lihat dari sudut positif. Kalau ada kekurangan, kita perbaiki untuk masa akan datang,” jelasnya.

Lagu Tiada Dendam merupakan kerjasama syarikat Zara sendiri, Zara Zya Management Sdn Bhd bersama Life Records dan Waznah Sdn Bhd dari Brunei Darussalam.

Bercerita lanjut mengenai single terbaharunya ini, Zara berkata, Tiada Dendam mengisahkan tentang kepercayaan seseorang yang telah dikhianati, namun dia tetap memaafkan dan mendoakan yang terbaik buat individu itu.

“Perkataan dendam itu sendiri sangat kuat. Tapi lagu ini sebenarnya ada banyak nilai positif.

“Ia mengenai perlunya kita menghapuskan rasa yang tak elok dalam diri kita. Lagu ini bukan ditujukan buat pasangan sahaja, tapi boleh juga untuk sahabat dan keluarga,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Zara berkata, dia kini sedang sibuk dengan penggambaran drama terbarunya, Mona Lisa dan dalam masa yang sama, mempromosikan single terbaharunya ini.

The post Zara Zya akui ikut trend appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Zara Zya akui ikut trend

Sekianlah artikel Zara Zya akui ikut trend kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zara Zya akui ikut trend dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/zara-zya-akui-ikut-trend.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :