Pertembungan "Lima Penjuru" Di Temerloh, "Dua Calon Bebas" Tak Muncul

Pertembungan "Lima Penjuru" Di Temerloh, "Dua Calon Bebas" Tak Muncul - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pertembungan "Lima Penjuru" Di Temerloh, "Dua Calon Bebas" Tak Muncul, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Terkini, Artikel Today, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pertembungan "Lima Penjuru" Di Temerloh, "Dua Calon Bebas" Tak Muncul
link : Pertembungan "Lima Penjuru" Di Temerloh, "Dua Calon Bebas" Tak Muncul

Baca juga


Pertembungan "Lima Penjuru" Di Temerloh, "Dua Calon Bebas" Tak Muncul


TEMERLOH: Parlimen P088 Temerloh menjadi kerusi paling ramai bertanding pada PRU14 di negeri ini apabila lima calon secara rasmi menghantar borang pencalonan mereka, pagi tadi.

Sebelum ini, kerusi berkenaan dijangka akan menyaksikan pertembungan enam penjuru antara BN, Harapan, Pas dan tiga calon Bebas.


Bagaimanapun, dua calon yang mengumumkan akan bertanding atas tiket Bebas, tidak muncul di lokasi penamaan calon di Dewan Tun Razak, di sini. Namun, muncul seorang lagi calon Bebas lain sebagai ganti.

Ketua Umno Bahagian Temerloh, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin (BN) berdepan dengan Mohd Anuar Tahir (Amanah), Md Jusoh Darus (Pas) dan Khaidir Ahmad (Bebas).

Dua calon Bebas yang sebelum ini menyuarakan hasrat untuk bertanding iaitu bekas Pegawai Daerah Temerloh, Datuk Abu Jamal Nordin dan penulis bebas, Isma Nazon Abdul Hamid tidak tampil sehingga tempoh pencalonan ditutup.

Sebaliknya, terdapat kejutan apabila seorang guru agama, Fakhrudin Abu Hanifah tampil menghantar borang penamaan, kira-kira jam 9.30 pagi.

Fakhrudin,30, yang juga seorang guru agama itu ketika ditemui memberitahu dia hanya membuat keputusan tersebut dua hari lalu.

Memilih simbol buku Fakhrudin antara seorang lagi calon Bebas yang bertanding di kerusi terbabit selain bekas Ketua Pengarang Berita TV3, Khaidir, 56, yang memilih simbol gajah.

Sementara itu, Sharkar menyifatkan saingan lima penjuru yang dihadapi kali ini adalah perkara biasa. 

Menurutnya, ia adalah proses demokrasi dan tidak boleh menahan mana-mana pihak untuk menawarkan diri.

Bagaimanapun, beliau berharap kempen berlangsung dalam suasana sihat dan tidak melanggar etika yang ditetapkan.

Selain Parlimen Temerloh, turut menyaksikan pertanding lima penjuru di Pahang adalah Kerusi Parlimen Cameron Highlands P078 yang dikatakan sebagai salah satu kerusi paling panas di negeri ini.

Perebutan kerusi tersebut membabitkan calon BN yang juga muka baharu, Datuk C Sivarraajh; M. Manogaran (PKR), Wan Mahadir Wan Mahmud (Pas); Mohd Tahir Kasim (Berjasa) dan S Suresh Kumar (PSM). #sumber


Demikianlah Artikel Pertembungan "Lima Penjuru" Di Temerloh, "Dua Calon Bebas" Tak Muncul

Sekianlah artikel Pertembungan "Lima Penjuru" Di Temerloh, "Dua Calon Bebas" Tak Muncul kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pertembungan "Lima Penjuru" Di Temerloh, "Dua Calon Bebas" Tak Muncul dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/pertembungan-lima-penjuru-di-temerloh.html

Subscribe to receive free email updates: