Harith Iskander Pesan Jangan Berlagak Kalau Bukan ‘Expert’

Harith Iskander Pesan Jangan Berlagak Kalau Bukan ‘Expert’ - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Harith Iskander Pesan Jangan Berlagak Kalau Bukan ‘Expert’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Harith Iskander Pesan Jangan Berlagak Kalau Bukan ‘Expert’
link : Harith Iskander Pesan Jangan Berlagak Kalau Bukan ‘Expert’

Baca juga


Harith Iskander Pesan Jangan Berlagak Kalau Bukan ‘Expert’

Pelawak dan pelakon terkenal, Harith Iskander mengingatkan masyarakat supaya jangan berlagak pandai dalam memperkatakan tentang satu-satu topik atau isu semasa jika tidak betul-betul memahami dan mempunyai pengetahuan mendalam tentang perkara tersebut.

Menerusi entri terbaru di akaun Facebook miliknya, selebriti berusia 51 tahun ini ada memuat naik sebuah video yang menggambarkan mengenai ragam netizen @ ‘Malaysian-isms’ yang suka memperkatakan mengenai sesuatu topik walhal apa yang diperkatakan itu kurang difahami oleh individu itu sendiri malah kurang tepat dari segi informasi.

“Terutamanya apabila tiba musim perlawanan bola sepak (atau terutamanya seperti situasi sekarang, sebelum pilihan raya) Kita cakap macam kita memang pakar topik tersebut – padahal kita dapat maklumat dari post kat FB jer,” tulisnya dan turut disertakan dengan simbol emoji senyum lebar.

Harith, antaranya memberi contoh isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Dalam pada itu, Harith yang pernah dinobat sebagai Manusia Paling Lucu Di Dunia 2016 turut berkata, kadangkala beliau tidak dapat menahan gelak apabila mendengar perbualan di kedai mamak atau membaca entri-entri di laman sosial oleh netizen yang beriya-iya berlagak seperti seorang pakar.

“Kalau kita bukan expert jangan kita nak berlagak macam kita expert.

“Jadi lain kali jangan saja share (kongsi) apa-apalah kecuali kita tahu dan pasti benda tu betul.

“Kita make sure (pastikan) benda tu sahih. Kita make sure info tu boleh pakai,” pesannya.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi dan komen daripada pengikutnya. Ada yang bersetuju dan ada yang memberi komen kurang bersetuju dengan gambaran yang diberikan Harith mengenai isu GST.

Tidak kisah sama ada anda sependapat atau tidak dengan Harith,. Tapi paling penting mesej di sini adalah untuk menasihatkan netizen supaya jangan berlagak pakar kononnya terlalu bijak atau terlalu gelojoh menyebarkan apa saja info mengenai satu-satu isu semasa selagi tidak pasti kesahihannya.

The post Harith Iskander Pesan Jangan Berlagak Kalau Bukan ‘Expert’ appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Harith Iskander Pesan Jangan Berlagak Kalau Bukan ‘Expert’

Sekianlah artikel Harith Iskander Pesan Jangan Berlagak Kalau Bukan ‘Expert’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Harith Iskander Pesan Jangan Berlagak Kalau Bukan ‘Expert’ dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/05/harith-iskander-pesan-jangan-berlagak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :