Guna Helikopter Untuk Beli Makanan Segera

Guna Helikopter Untuk Beli Makanan Segera - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guna Helikopter Untuk Beli Makanan Segera, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guna Helikopter Untuk Beli Makanan Segera
link : Guna Helikopter Untuk Beli Makanan Segera

Baca juga


Guna Helikopter Untuk Beli Makanan Segera


SYDNEY – Seorang juruterbang sebuah helikopter dirakamkan mendarat di sebuah restoran makanan segera, di sini, semata-mata untuk membeli hidangan kegemarannya.

Seorang penduduk merakamkan video menunjukkan helikopter berwarna hijau itu mendarat di satu kawasan lapang di tepi restoran kelmarin.

Tidak lama selepas itu, seorang lelaki keluar dari helikopter berkenaan dan terus berjalan masuk ke dalam restoran itu.

Ketika juruterbang itu memesan makanan, bilah helikopter itu masih berpusing dan lelaki berkenaan masih sempat merakam gambar pesawat yang dinaikinya.

Lelaki itu kemudian kembali ke helikopter sambil membawa satu beg makanan berwarna coklat sebelum terbang semula.

Penduduk yang merakamkan aksi itu hampir tidak percaya dengan apa yang dilihatnya itu.

“Biar betul, saya sangka helikopter ini mendarat kerana berlaku kecemasan,” katanya.

Sementara itu, menurut media tempatan, mendaratkan helikopter di kawasan awam bukan satu kesalahan tetapi Pihak Berkuasa Keselamatan Penerbangan Awam memberitahu, pihaknya menyiasat insiden itu.

Menurut agensi itu, helikopter boleh mendarat di lokasi sekiranya mendapat kebenaran pemilik hartanah dan kawasan pendaratan itu selamat.

Seorang lelaki yang mendakwa juruterbang helikopter berkenaan memberitahu sebuah stesen radio tempatan dia mendapat kebenaran pemilik hartanah untuk mendarat. – Agensi/myMetro Online
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Guna Helikopter Untuk Beli Makanan Segera

Sekianlah artikel Guna Helikopter Untuk Beli Makanan Segera kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guna Helikopter Untuk Beli Makanan Segera dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/guna-helikopter-untuk-beli-makanan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :