link : Hafizh Kutip 5 Mata Moto2 GP Perancis
Hafizh Kutip 5 Mata Moto2 GP Perancis
KUALA LUMPUR: Hafizh Syahrin Abdullah mengutip lima mata berharga pada Grand Prix (GP) Perancis semalam.
Ia sekali gus menjadikan kutipan mata selepas lima pusingan kepada 19 untuk menduduki tangga ke-14 dalam kelas Moto2.
Pelumba PETRONAS Raceline itu memulakan perlumbaan di Sirkit Le Mans di kedudukan ke-22, namun berjaya memecut dari awal saingan untuk berada di kelompok pertengahan saingan sebelum menamatkannya di tangga ke-11.
Hafizh menamatkan perlumbaan pusingan kelima dengan catatan 42 minit 40.085 saat di belakang pemenang kali ini dari Itali, Franco Morbidelli.
"Secara keseluruhannya, ia satu perlumbaan yang bagus tetapi saya mahukan yang lebih lagi. Saya mahu menamatkan saingan di kedudukan yang lebih baik!.
"Kami akan terus berusaha lebih gigih lagi untuk perlumbaan akan datang. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan, " kata Hafizh.
Seorang lagi pelumba negara dalam kelas itu, Khairul Idham Pawi hanya menamatkan saingan di kedudukan ke-22 selepas bermula dari barisan terakhir perlumbaan.
Sementara itu, wakil negara dalam kelas Moto3, Adam Norrodin tidak bernasib baik apabila terbabit dalam satu kemalangan bersama bekas pelumba SIC Racing Team, Jakub Kornfeil yang juga bekas rakan sepasukannya musim lalu, Tatsuki Suzuki dan Lorenzo Dalla Porta.
Perlumbaan diteruskan sebelum sekali lagi dihimpit insiden terbabas yang membabitkan ramai pelumba yang menyebabkan bendera merah dikibarkan sebagai langkah keselamatan.
Saingan dikurangkan kepada 16 pusingan dan Adam tidak dapat menyertainya kerana mengalami masalah membabitkan jentera.
"Saya kecewa dan sedih. Saya memohon maaf kepada pasukan dan semua pelumba yang terkesan dengan insiden itu.
"Ia hari yang sangat malang buat kami tetapi kami tidak boleh terus berputus asa. Kami akan kembali memberi saingan di Mugello, " kata pelumba berusia 18 tahun itu. Pusingan 6 musim 2017 dijadual berlangsung di Autodromo del Mugello, Itali 4 Jun ini. - BHOnline
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Hafizh Kutip 5 Mata Moto2 GP Perancis
Sekianlah artikel Hafizh Kutip 5 Mata Moto2 GP Perancis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Hafizh Kutip 5 Mata Moto2 GP Perancis dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/hafizh-kutip-5-mata-moto2-gp-perancis.html