link : Damailah di sana Zulfarhan
Damailah di sana Zulfarhan
JENAZAH penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun Teh, Johor Bahru, Johor, 9.30 malam ini.
Terdahulu, jenazah Pegawai Kadet Laut UPNM itu tiba di Masjid Jamek Kampung Kurnia, Johor Bahru, pada 8.45 malam selepas dibawa menaiki kenderaan jenazah milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Masjid Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Bangi, Selangor.
Bapanya, Zulkarnain Idros, 53, ibunya, Hawa Osman, 54, mengiringi jenazah anak mereka.
Jenazah penuntut tahun tiga itu disembahyangkan di Masjid UNITEN, petang tadi, sebelum disembahyangkan sekali lagi di Masjid Jamek Kampung Kurnia sebaik tiba di Johor Bahru.
Kira-kira 100 ahli keluarga dan kenalan termasuk penuntut UPNM hadir ke tanah perkuburan bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Turut hadir, Komanden Akademi Latihan Ketenteraan UPNM, Briged Jeneral Raja Ahmad Ikram Raja Othman; Pegawai Khas Menteri Pertahanan, Abd Halim Abd Jalil mewakili Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pegawai Khas Ahli Parlimen Pulai, Datuk Abdul Rashid Kasman mewakili Datuk Nur Jazlan Mohamed.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Damailah di sana Zulfarhan
Anda sekarang membaca artikel Damailah di sana Zulfarhan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/damailah-di-sana-zulfarhan.html