(VIDEO) Jiran Biadap Buat Bising Waktu Malam Kejutkan Bayi Dari Tidur Dan Hampir Cederakan Wanita Sedang Berpantang Ketika Ditegur

(VIDEO) Jiran Biadap Buat Bising Waktu Malam Kejutkan Bayi Dari Tidur Dan Hampir Cederakan Wanita Sedang Berpantang Ketika Ditegur - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul (VIDEO) Jiran Biadap Buat Bising Waktu Malam Kejutkan Bayi Dari Tidur Dan Hampir Cederakan Wanita Sedang Berpantang Ketika Ditegur, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : (VIDEO) Jiran Biadap Buat Bising Waktu Malam Kejutkan Bayi Dari Tidur Dan Hampir Cederakan Wanita Sedang Berpantang Ketika Ditegur
link : (VIDEO) Jiran Biadap Buat Bising Waktu Malam Kejutkan Bayi Dari Tidur Dan Hampir Cederakan Wanita Sedang Berpantang Ketika Ditegur

Baca juga


(VIDEO) Jiran Biadap Buat Bising Waktu Malam Kejutkan Bayi Dari Tidur Dan Hampir Cederakan Wanita Sedang Berpantang Ketika Ditegur


Kehidupan berjiran haruslah saling hormati dan menghormati malah agama juga turut menuntut agar semua manusia berbaik dengan jiran-jiran mereka. Apabila hidup berjiran, pasti ada bermacam masalah yang terjadi bagi menguji setiap orang yang perlu bijak menangani masalah yang timbul agar tidak berlakunya perkara yang tidak diingini.

Sebagai manusia biasa dan hidup berjiran dengan bermacam manusia, kita hendaklah sering bertolak ansur. Namun, tidak semua manusia memiliki pemikiran yang sama seperti kita malah ada diantara mereka amat mementingkan diri sendiri.

Satu peristiwa yang berlaku kepada Puan Nur Dhila telah dikongsikannya di laman sosial Facebook miliknya untuk dijadikan pengajaran dan teladan untuk semua orang yang hidup berjiran.

Semuanya bermula apabila seorang lelaki dipercayai tidak menghormati jiran-jirannya kerana membuat bising ketika di waktu orang lain sedang tidur sehingga menyebabkan bayi yang baru dilahirkan terjaga dari tidurnya.

Disebabkan itu, Puan Nur Dhila mengambil keputusan untuk menegur perilaku lelaki berkenaan, namun semua itu amat mengecewakan sehingga teguran wanita itu langsung tidak diendahkan malah tetap terus membuat bising serta sengaja membunyikan enjin keretanya tanpa henti dengan lebih kuat seolah-olah ingin menguji kemarahan jirannya itu.

Tindakan lelaki terbabit telah menyebabkan Puan Nur Dhila tidak senang dengan keadaan itu lalu menegurnya semula dengan baik untuk kali yang ketiga. Walau bagaimanapun, lelaki terbabit menjadi marah serta turut memaki hamun wanita ini berserta menunjukkan jari tengah.

Si pelaku menunjukkan jari tengah kerana dikatakan tidak berpuas hati ditegur.
Oleh: Puan Nur Dhila

Masih  lagi ada lelaki yang bachul memukul perempuan. Akulah perempuan yang kena pukul itu. Aku masih berpantang dan bersalin secara caesarian dan sampai sekarang perut aku sakit dek kerana sentap.

Perut aku kena RENTAP dan dia telah kotakan niat untuk MELANGGAR aku dengan keretanya akibat tidak berpuas hati kerana menegurnya.

Kejadian bermula apabila pelaku membuat bising pada tarikh 11/07/2017, jam 1.05 pagi sehingga 1.30 pagi. Bunyi bising deruman kereta di hadapan rumah selang sebuah rumah daripada rumah aku yang menyebabkan baby Aqeel menangis tanpa henti kerana terperanjat dengan bunyi-bunyi bising dari kereta si pelaku.

Ibu mana yang mampu bertahan apabila melihat si anak yang terkejut menangis selama hampir 20 minit, badan tersentap, terenjat-enjat dan menangis tanpa henti dek kerana terkejut yang amat sangat.

Disebabkan itu aku menegurnya dari perkarangan rumah, tetapi si pelaku seperti tidak berpuas hati malah semakin menjadi-jadi deruman keretanya dengan lebih kuat tidak berhenti-henti.

Setelah selama 20 miniy berlarutan bunyi bising dan baby Aqeel semakin menangis disebabkan terkejut yang menyebabkan aku terus keluar dari rumah untuk menegurnya dengan cara baik dan menyuruhnya selesaikan dengan cara baik sekiranya mempunyai masalah dengan jiran aku dan bukan dengan cara buat bising di malam-malam buta sebegini.

Malangnya, si pelaku memantul dan memaki hamun pada aku, mencarut jangan cakaplah dan caranya seperti orang yang sedang lalok.

Dek kerana keadaan yang semakin menjadi tegang dan dia juga turut mengugut aku, aku sempat merakamkan segala perbuatan si pelaku. Mungkin kerana dia tidak berpuas hati kerana aku merakamkan video, si pelaku cuba merampas telefon bimbit aku. Tak dapat merampas handphone aku, dia rentap perut aku dan katakan akan melanggar aku serta dia telah melaksanakan niatnya untuk melanggar aku.

Aku bernasib baik kerana sempat menarik kain serta berundur ke belakang, sekiranya aku tidak dapat mengelak berkemungkinan aku akan dimasukkan ke hospital yang mungkin menyebabkan kematian aku.

Si pelaku juga turut mengugut untuk mencederakan aku nanti. Manakala, jiran aku mengatakan tidak mendengar deruman kereta si pelaku di depan rumahnya ketika aku menjerit meminta pertolongan sedang rumah achi yang berada di hujung boleh mendengar bunyi bising di luar rumahnya. Biarlah rakaman video dan laporan polis yang aku buat akan menjelaskan keadaan sebenarnya.

Aku baru sahaja balik dari hospital bagi membuatkan pemeriksaan perubatan. Perutku masih senak akibat disentap dan hari ini bentan seharian kerana kejadian yang tidak berguna ini. Hari ini aku berjalan sambil tunduk memegang perutku kerana kejadian ini.

Berikutnya antara rakaman video yang sempat dirakamkan Puan Nur Dhila semasa kejadian itu berlaku.



malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel (VIDEO) Jiran Biadap Buat Bising Waktu Malam Kejutkan Bayi Dari Tidur Dan Hampir Cederakan Wanita Sedang Berpantang Ketika Ditegur

Sekianlah artikel (VIDEO) Jiran Biadap Buat Bising Waktu Malam Kejutkan Bayi Dari Tidur Dan Hampir Cederakan Wanita Sedang Berpantang Ketika Ditegur kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel (VIDEO) Jiran Biadap Buat Bising Waktu Malam Kejutkan Bayi Dari Tidur Dan Hampir Cederakan Wanita Sedang Berpantang Ketika Ditegur dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/video-jiran-biadap-buat-bising-waktu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :