Desak Anwar dibebas: Tun M hanya bersandiwara

Desak Anwar dibebas: Tun M hanya bersandiwara - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Desak Anwar dibebas: Tun M hanya bersandiwara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Desak Anwar dibebas: Tun M hanya bersandiwara
link : Desak Anwar dibebas: Tun M hanya bersandiwara

Baca juga


Desak Anwar dibebas: Tun M hanya bersandiwara

Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya membebaskan bekas seteru politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara, disifatkan sekadar sandiwara untuk menagih kepercayaan parti sekutu dalam pakatan pembangkang.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata ia helah politik terbaru Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkenaan selepas gagal memanipulasi pelbagai isu lain sebelum ini, termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selain itu, katanya, Dr Mahathir terpaksa melakukan gerak politik agresif selepas menyedari semakin disisih dalam pakatan pembangkang kerana mencetuskan siri konflik, terutama dengan institusi diraja sehingga menyaksikan beberapa Sultan murka terhadapnya.

"Saya yakin Tun M (Dr Mahathir) hanya berlakon mahu bebaskan Anwar untuk 'membeli' kepercayaan rakan pembangkang yang semakin hari berpandangan beliau adalah liabiliti kepada mereka.

"Kalau betul Tun M nak bebaskan Anwar, mana mungkin beliau yang beriya-iya nak penjarakan Anwar pada April 1999 sebelum dibebaskan lima tahun kemudian kerana disabit bersalah terhadap tuduhan salah guna kuasa.

"Desakan ini hanyalah sandiwara, berbanding satu permintaan yang ikhlas, kononnya kasihankan kesihatan Anwar di penjara," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bersama Dr Mahathir dan peguam hak asasi manusia dari Amerika Syarikat, Kimberly Motley, mendesak supaya Anwar yang menanggung hukuman penjara lebih 34 bulan segera dibebaskan.

Kedua-dua mereka antara lain sepakat bahawa Anwar yang juga Ketua Umum pakatan pembangkang adalah tahanan politik.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, mempersoalkan tohmahan dan dakwaan yang dilemparkan Dr Mahathir ketika memegang tampuk pemerintahan kerajaan terhadap Anwar sebelum 'melompat' masuk pakatan pembangkang.

"Tun M sepatutnya kena tarik baliklah semua tohmahan jika beranggapan Anwar sebagai tahanan politik sehingga dipenjarakan.

"Perlu ingat bahawa Tun M sendiri yang kata Anwar tidak layak dijadikan seorang ketua. Jadi sekarang beliau (Dr Mahathir) nak buat pembetulan mengenai tuduhan dan tohmahan terbabit?" katanya.


Demikianlah Artikel Desak Anwar dibebas: Tun M hanya bersandiwara

Sekianlah artikel Desak Anwar dibebas: Tun M hanya bersandiwara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Desak Anwar dibebas: Tun M hanya bersandiwara dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/desak-anwar-dibebas-tun-m-hanya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :