UMNO KLANG MARAH, BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP ZAID IBRAHIM

UMNO KLANG MARAH, BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP ZAID IBRAHIM - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul UMNO KLANG MARAH, BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP ZAID IBRAHIM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : UMNO KLANG MARAH, BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP ZAID IBRAHIM
link : UMNO KLANG MARAH, BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP ZAID IBRAHIM

Baca juga


UMNO KLANG MARAH, BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP ZAID IBRAHIM

UMNO Bahagian Klang, hari ini membuat laporan polis terhadap ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim berikutan kenyataannya melalui media sosial yang dianggap menghina Sultan Selangor dan Raja-raja Melayu.

Laporan polis itu dibuat oleh Ketua Penerangan UMNO Bahagian Klang, Wan Mohamad Yusoff Wan Abdullah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, di sini, petang tadi.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Klang, Datuk Nasaruddin M Zin serta beberapa ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP).

Dalam laporan polis berkenaan, Wan Mohamad Yusoff menyatakan, kenyataan Zaid melalui akaun Twitter miliknya pada 5 Disember lalu, adalah biadap terhadap Sultan Sharafuddin Idris Shah selain menghina Institusi Raja-raja Melayu.

“Kenyataan yang dibuat oleh Zaid adalah tidak kena dan berniat jahat. Ia seperti beliau mempersoalkan kedudukan keistimewaan Raja-raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Zaid perlu disiasat kerana memuat naik kenyataan sedemikian,” katanya.

Sementara itu, Nasaruddin mendesak supaya siasatan segera terhadap Zaid dilakukan berikutan beliau cuba memperkotak katikkan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, yang mementingkan keharmonian negara.

“Sebagai penduduk Selangor, perbuatan Zaid itu adalah satu penghinaan yang tidak boleh dimaafkan. Beliau perlu disiasat dan tindakan tegas diambil terhadapnya.

“Sultan Selangor bukan sekadar raja yang melindungi masyarakat Melayu dan Islam semata-mata sebaliknya baginda juga menjaga kepentingan semua kelompok masyarakat,” katanya.

Nasaruddin berkata, pihaknya juga mahu Zaid disiasat mengikut Akta Hasutan.


Demikianlah Artikel UMNO KLANG MARAH, BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP ZAID IBRAHIM

Sekianlah artikel UMNO KLANG MARAH, BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP ZAID IBRAHIM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel UMNO KLANG MARAH, BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP ZAID IBRAHIM dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/umno-klang-marah-buat-laporan-polis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :