PM ulangi kerajaan tidak akan janji ‘ bulan dan bintang’…

PM ulangi kerajaan tidak akan janji ‘ bulan dan bintang’… - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PM ulangi kerajaan tidak akan janji ‘ bulan dan bintang’…, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PM ulangi kerajaan tidak akan janji ‘ bulan dan bintang’…
link : PM ulangi kerajaan tidak akan janji ‘ bulan dan bintang’…

Baca juga


PM ulangi kerajaan tidak akan janji ‘ bulan dan bintang’…

Kalau dengar cakap pimpinan pembangkang tidak ada satu benda pun dalam negara ini yang elok.Malaysia digambarkan seolah diambang kehancuran dan rakyat di sana sini sedang merana dan melarat sakan.Malah mereka yang tidak pernah datang ke Malaysia boleh terasa seolah negara ini padang jarak padang tekukur jika terpengaruh dengan kelentong mereka.

Disebalik itu puak-puak ini cuba tonjolkan merekalah penyelamat negara dengan menjual pelbagai janji termasuk itu ini percuma segala macam.

Dicelah itu ada yang bertanya apa istimewa dan hebatnya Selangor dan Pulau Pinang setelah hampir 10 tahun di perintah oleh pembangkang.

Atas sebab itu sekalipun dioserang kiri kanan khususnya menjelang pilihanraya umum ke 14 tidak lama lagi, Datuk Seri Najib Tun Razak terus konsisten dengan pendirian beliau tidak akan bersikap populis menjanjikan bulan dan bintang yang tidak realistik kepada rakyat.

Sebab kerajaan beliau tentu cukup tahu apa yang mampu dijanjikan dan apa yang tidak.

Sedangkan beliau juga boleh tutup mata main politik ala pembangkang tabor sana sini janji untuk pancing pengaruh.

Berucap pada  majlis penyerahan bantuan kepada murid sekolah rendah kawasan Parlimen Pekan Ahad beliau mengulangi pendirian kerajaan pimpinannya itu.

Katanya sebagai sebuah kerajaan, Barisan Nasional (BN) tidak menjanjikan 'bulan dan bintang' dan berusaha semampu mungkin untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat dan mengutamakan kepentingan negara.

"Insya-Allah kerajaan akan terus lakukan perkara ini sebab negara diurus dengan baik. Sebut sahaja tentang keselamatan, hubungan antara kaum, memperjuangkan syiar Islam, kebajikan rakyat, ekonomi negara...Alhamdulillah semuanya bertambah baik begitu juga dengan prasarana untuk rakyat akan terus dilaksanakan.

"Seluruh Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah (telah dan) akan berubah wajah kerana di bawah UMNO, inilah yang kita lakukan, kita (pemimpin UMNO dan BN) bukan orang yang tabur janji atau mainkan politik kebencian, mengata, mengumpat dan kutuk negara dengan kata-kata kesat," katanya.

Najib menegaskan negara memerlukan pemimpin yang berpolitik dengan baik dengan menjaga hak serta kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa atau agama dan bukannya politik kebencian.

Perdana menteri berkata politik kebencian yang diamalkan oleh pihak pembangkang tidak mencerminkan nilai murni dan norma yang baik untuk masyarakat.

Majlis turut dihadiri Pengerusi Tabung Haji yang juga Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Pada majlis itu, Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan turut menyampaikan sumbangan persekolahan berupa pakaian, beg dan kasut sekolah bernilai RM180 bagi setiap seorang kepada 2,000 murid terpilih yang terdiri daripada pelajar daripada keluarga miskin dan kurang berkemampuan di empat Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen itu.

Kebajikan rakyat adalah keutamaan tertinggi dalam UMNO dan BN tidak kira sama ada di bandar dan luar bandar, kata perdana menteri.


Demikianlah Artikel PM ulangi kerajaan tidak akan janji ‘ bulan dan bintang’…

Sekianlah artikel PM ulangi kerajaan tidak akan janji ‘ bulan dan bintang’… kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PM ulangi kerajaan tidak akan janji ‘ bulan dan bintang’… dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/pm-ulangi-kerajaan-tidak-akan-janji.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :