Benarkah bekas suami mahu penjarakan Elly Mazlein?

Benarkah bekas suami mahu penjarakan Elly Mazlein? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Benarkah bekas suami mahu penjarakan Elly Mazlein?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Benarkah bekas suami mahu penjarakan Elly Mazlein?
link : Benarkah bekas suami mahu penjarakan Elly Mazlein?

Baca juga


Benarkah bekas suami mahu penjarakan Elly Mazlein?

PENYANYI Elly Mazlein meluahkan rasa kecewa apabila bekas suami Azmi Hatta dipercayai mahu memisahkan dia dengan anak mereka Putri Sara Sefhia yang kini berusia dua tahun.

Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 38, mendedahkan pengarah drama itu kononnyai masih berdendam dan menganggu kehidupannya anak beranak selepas mereka bercerai.

“Azmi Hatta sangat kejam punya impian nak pisahkan kakak Lina dengan Manja (Sefhia). Tidak tahu bila agaknya Azmi nak move on.

“Sepatutnya ikut logik, kakak Lina la yang patut berdendam sebab Azmi dan nikah, ada anak dan keluarga sempurna,” ujarnya di Instagram.

Menerusi video yang dimuat naik pada Isnin itu juga, Elly memberitahu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam telah menolak tuntutan yang difailkan bekas suaminya terhadap hak penjagaan anak mereka.

Menurut Elly, suami aktres Faye Kusairi itu juga mendakwa dia sebagai ibu tidak bertanggungjawab terhadap kanak-kanak itu.

“Alhamdulillah, mahkamah tolak tuntutan Azmi untuk penjarakan saya. Salah satu alasan adalah kakak Lina seorang ibu yang tidak bertanggungjawab kepada Sefhia,” tulisnya.

Sementara itu, Elly berkata, bekas suaminya itu tidak wajar berasa iri hati dan berdendam kerana sehingga kini dia masih menjalani kehidupan solo serta mempunyai tanggungjawab menjaga anak dan ayahnya.

Malah, katanya kehidupan yang dijalani oleh Azmi jauh lebih sempurna selepas berkahwin dengan Faye dan baharu menimang cahaya mata.

“Kalau nak dibandingkan selepas bercerai sampai sekarang kakak Lina belum bernikah, hanya ada Sefhia dan menjaga abah.

“Mereka lebih sempurna tetapi mengapa mereka masih berdendam dan tidak habis-habis nak seksa dan kacau kehidupan kami tiga beranak,” ujarnya.

Pengacara Mentor Otai ini juga mengingatkan Azmi untuk mengutamakan tanggungjawab dalam membayar nafkah kepada anak mereka.

Ujarnya, biarpun dia mempunyai kemampuan untuk menjaga anak itu sendiri, namun wang nafkah adalah hak yang patut diterima oleh anaknya.

“Lepas ni kakak Lina nak usahakan usul cadangan untuk meminta pihak produksi yang Azmi sedang bekerja untuk meminta pihak produksi tersebut memotong gajinya setiap bulan untuk membayar nafkah Sephia hanya RM1,500.

“Buat Azmi, nak nikah berderet boleh, nak anak ramai boleh tapi bayarlah nafkah anak,” katanya.

Sementara itu, Azmi yang dihubungi  bagi menjelaskan perkara itu tidak mengangkat panggilan telefon dan membalas mesej di aplikasi Whatapps.

Elly berkahwin dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Oktober 2015.

Azmi kemudian berkahwin dengan Faye Kusairi pada 9 April 2017 dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di kondominium D’Pines, Jalan Ampang dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.

The post Benarkah bekas suami mahu penjarakan Elly Mazlein? appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Benarkah bekas suami mahu penjarakan Elly Mazlein?

Sekianlah artikel Benarkah bekas suami mahu penjarakan Elly Mazlein? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Benarkah bekas suami mahu penjarakan Elly Mazlein? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/05/benarkah-bekas-suami-mahu-penjarakan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :