‘Saya dah lama kenal Syed Saddiq’

‘Saya dah lama kenal Syed Saddiq’ - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Saya dah lama kenal Syed Saddiq’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Saya dah lama kenal Syed Saddiq’
link : ‘Saya dah lama kenal Syed Saddiq’

Baca juga


‘Saya dah lama kenal Syed Saddiq’

PELAKON Emma Maembong kesal dikecam netizen gara-gara memuat naik gambarnya bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abul Rahman di Instagramnya baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, pelakon ini juga menafikan cuba mendekati figura tersebut yang kini sedang menjadi bualan hangat netizen untuk mendapat perhatian.

Sebaliknya kata Emma, ramai yang tidak tahu dia sebenarnya telah mengenali dan berkawan dengan Syed Saddiq sejak lebih tiga tahun lalu.

“Orang cakap saya cuba nak dekati  Syed Saddiq selepas saya memuat naik gambar bersamanya beberapa hari lalu.

“Mereka sepatutnya periksa Instagram saya kerana dulu pun saya pernah memuat naik foto dia.

“Malah dia juga ada datang pelancaran filem Kimchi Untuk Awak lakonan saya,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media KL Raya Fest 2018, di sebuah hotel, semalam.

Bercerita lanjut  tentang perkenalan mereka, kata Emma, segalanya bermula apabila dia menghubungi  figura berusia 26 tahun itu  untuk membuat kejutan hari jadi kepada pembantu peribadinya.

“Pembantu saya sangat meminati Ahli Parlimen terbabit yang ketika itu dikenali kerana ketokohannya dalam berdebat.

“Jadi bagi memberi kejutan kepada pembantu saya, saya mesej dia dan minta dia rakamkan satu video istimewa. Tapi sebaliknya, dia mencadangkan untuk bertemu bagi memberi kejutan istimewa.

“Sejak itu hubungan kami baik dan selalu bertanya khabar seperti seorang kawan,” ujarnya.

Emma bagaimanapun menjelaskan dia persahabatan itu tidak semestinya memberi maksud dia menyokong mana-mana parti politik.

Malah sehingga kini pelakon ini masih kekal dengan pendiriannya untuk tidak menyebelahi mana-mana pihak.

The post ‘Saya dah lama kenal Syed Saddiq’ appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel ‘Saya dah lama kenal Syed Saddiq’

Sekianlah artikel ‘Saya dah lama kenal Syed Saddiq’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Saya dah lama kenal Syed Saddiq’ dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/05/saya-dah-lama-kenal-syed-saddiq.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :